Monday, October 1, 2007

Ramadhan Blues

Dah lebih 3 minggu kita berpuasa. By now rasa penat tak terasa sgt seperti mula2 dulu.. Tapi ada sorang staff aku tu ada teori tersendiri tentang bulan Ramadhan ni. Pada pendapat dia, bulan puasa ni masa utk malas buat keje, tidor, datang lambat dan balik awal. Menyirap je darah aku. Agaknya ini ujian untuk kesabaran aku di bulan puasa ni.


Dalam masa ni dah ada beberapa sesi buka puasa yg aku pegi. Ada yg dianjurkan oleh client atau syarikat2, kawan2, staff, partners, old boys etc. Ada yg dibuat di hotel2 eksklusif, restoran yg menawarkan buffet dgn tawaran RMXX+++, rumah2 dan sampai le warung mamak. Semua makan sedap dan dalam kuantiti yg terlampau. Oleh dgn itu, ingin diumumkan di sini bahawasanya sempena bulan puasa yg mulia ini... dukacita dimaklumkan bahawa aku telah berjaya menambahkan berat badan lagi. Uwaaaa.


Hari tu aku sempat jugak berbuka dengan ex staff aku bertempat di Restoran Pelita, Bangsar. Makan capati 2 keping je. Hari tu the only day yg aku tak makan banyak. Hari lain semua melantak ikut sedap tekak. Astagaa.


Gambar : Arai dgn Tipah dengan gaya poyo. Arai tu sebenarnya straight walaupun dalam gambar ni dia nampak macam nyah.





Gambar : Macam dalam kartun Cabai tu je.. 3 dara pingitan - Esah, Noi dan Awa. Ha ha. Actually from left Farah, JR dan Yan. Tiga2 masih single o.




Gambar : Farah, "cukup ke duit nak bayar ni?"
JR, "Laki ni tak reti bahasa ke? Malas nak layan"
Yan, "jgn le gambar ni masuk blog"

Sunday, September 23, 2007

Ikan Bakar di Melaka

Tiba2 pulak si Ramli ajak makan ikan bakar. So pada satu petang yg hening lagi cerah, dia dan Nik datang ambik aku kat rumah dan kami terus gerak ke Melaka. Di Melaka, Shahila dan husbandnya, Rock dah tunggu.


Kat kepala aku dah terbayang hidangan yg menanti... sotong bakar, ikan bakar, udang sebesar tapak tangan aku, nasi lemak kecik etc etc etc. Tap! Tap! Tak sedar air liur jatuh atas kerusi leather seat BMW Ramli yg baru tu. Nasib baik cepat2 lap.


Perjalanan ke Melaka terasa lebih lama bila mendengar Ramli dan Nik bersembang pasal latest fashion dan branded names yg tah hape2. Aku bukan jenis yg nak ambik tau sgt pasal Gucci, Hugo Boss, Versace, LV dan nama2 orang Italy yg hujung namanya berhuruf vokal. Yg aku tau tshirt n jeans. Paling2 tidak aku beli sports wear je. Pakai Adidas atau Nike tu kira dah abis smart dah tu.


Selepas sejam kat highway, kitaorang exit kat tol Ayer Keroh. Dari situ nak ke restoran di Muara Sg Duyung adalah lebih kurang 20minit. Berbelit jugak jalannya. Belum tentu boleh pergi lagi sekali kalau takde orang nak guide jalan.


Sampai je kat Restoran tu, Shahila n Rock dah ada. Makanan pun dah siap masak, tunggu nak hidang je. Owner restoran ni abang ipar si Shahila. Dah lebih 10 tahun dia bukak. Sekarang ni dah kaya raya orangnya. Kami semua ingat nak tunggu Haina dan kuncu2nya yg jugak dalam perjalanan untuk join kitaorang. Tunggu punya tunggu, Shahila pun naik fedup. Dia keluarkan arahan untuk hidangan dibawa keluar.


Gambar : Ramli menunjuk "saya nak beli tanah kat hujung sana". Sambil Nik membelek2 handphone barunya yang mahal.



Waktu tu hari pun dah senja, suasana memang cantik. Restoran tu terletak betul2 atas muara Sg Duyung yang menghadap ke laut Selat Melaka. Bila makanan dah hidang, lupa pasal laut, lupa pasal pemandangan. Aku nampak udang je. Serrranggg!


Gambar : Senja di muara Sg Duyung. Bawak awek best ni.



Tak lama lepas tu Haina dan kuncunya sampai. Kami pun belasah. Semua sedap! Ikan jenahak bakar, 1 masak cili, 1 lagi buat bakar je, udang masak pedas, sotong bakar, kupang masak ginger dan ketam. Dalam syok2 makan tu, sempat jugak si Nik kira berapa banyak nasi lemak yg kitaorang wallop. Berikut adalah hasil kiraannya :
1. Aku - 4 bungkus
2. Nik - 3 bungkus (dia tak ngaku. dia kata dia makan 2 je, tapi aku nampak 3)
3. Ramli - 1 bungkus
4. Shahila - 3 bungkus
5. Rock - 2 bungkus
6. Haina - 1 bungkus


Sesudah makan kami pun menjalani satu aktiviti cliche orang Melayu dari zaman dulu sampai zaman sekarang iaitu... tangkap gambar. Tapi gambar tu aku takde sebab dalam camera Nik. Yg ada gambar silhoutte yg aku tangkap sebelum makan.. ni ha.

Gambar : Ramli, aku, Shahila and Rock. Semua senyum tapi haram tak tau gambar ni jadi silhoutte. Buang masa je senyum.

Tuesday, September 4, 2007

A Historic Day

1hb September 2007 - beberapa minit sebelum pukul 8 malam. Aku baru lepas sembahyang Maghrib berjemaah di surau Clifford. Tak ramai yg datang berjemaah.. sebab ujan kot. Singgah kat kereta kejap, tukar pakai kasut. Aku masuk dewan ikut pintu tepi. Dalam dewan tak ramai orang. Azim, Mudin, Meor n Fadhil busy memastikan semua ok. Anuar Ibrahim pun banyak tolong. Dia di in-charge untuk collect fees. Dia jugak dibantu oleh 3 orang budak Form 6 yg nampak agak gabra untuk berjumpa dengan supersenior diaorang.


Dari jauh aku nampak ada 2 orang tetamu dah duduk. Dari belakang nampak gaya macam bekas pengetua, Cikgu Azidin Mahmud dan bekas guru Geografi, Cikgu Norhani. Berdegup jugak nak jumpa dia. Maklumlah Cikgu Azidin ni tahap kegarangannya memang legendary. Aku rasa Jepun pun takut dengan Penampor Jepun dia. Pelan2 aku tunduk nak salam tangan dia. Tapi yg aku tak sangka dia bangun dan terus peluk aku. Pheww lega. Ramai yg tak tau Cikgu Azidin ni sebenar sayang giler kat students dia.


Makin ramai yg datang memenuhi dewan. Budak sekolah yg ditugaskan untuk membantu untuk registration n bagi name tag pun mula panik. Registration counter dah jamm. Maklumlah ramai yg dah lama tak jumpa. Cikgu sesama cikgu pun kira reunion jugak. Jenuh le deme bertepuk tampor kat depan tu. Committee terpaksa bantu untuk ensure a smooth flow. Pukul 8.40 semua dah seated. Acara pun bermula.


Bukhari diminta untuk membaca doa. Ayat yg disusun memang cantik. There's a point waktu bacaan tu dia tersekat2 sebab dia... sebak. The thought of being together again was too overwhelming. Maklumlah Bukhari dulu pernah kena buang sekolah dan orang yg buang ada duduk kat depan. Tapi semua tu dah ditolak tepi sebab rasanya semua cikgu bangga tengok Bukhari dah jadi orang.


Gambar : Bukhari yang berkopiah selepas membaca doa. Di kirinya Adam yg kitaorang dengar desas desus dah arwah. Hidup lagi rupanya. Tanda nak panjang umur kata orang.



Lepas tu turn aku pulak untuk berucap. Tak nervous sangat. 15 saat yg pertama je. The gist of my speech is aku nak this reunion will act as a catalyst for more activities. Aku nak banyak lagi benda yg boleh dibuat untuk merapatkan kita. 10 tahun dulu mungkin kita selfish sebab kita baru nak hidup dan mencari tapak. Bila umur dah nak masuk 40 tahun kita sedar kawan lama tu penting. Yang susah kena dibawa untuk jadi senang sama2. Lepas tu aku ajak semua sedekahkan al-fatehah pada kawan dan cikgu yg telah pergi.


Kemudian giliran Cikgu Azidin untuk berucap. Aku suka cara dia buka mukadimah, "Izinkan saya menggunakan ungkapan yg telah 20 tahun saya tidak gunakan. Saya ingin memanggil kamu semua... anak-anak." Semua bertepuk. A masterstroke from the man. Anyone yg pernah belajar kat Clifford under Cikgu Azidin tahu his fondness for the word 'anak-anak'. Dia berterimakasih pada committee kerana berjaya mengorganise event ini. Dia juga terharu sebab students masih ingatkan dia and he regards that moment as the best day of his life. Wow!


Gambar : "Anak-anak..." Cool je dia.



Move on and tiba acara makan. Part yg ditunggu2. Ha ha. Makan memang sedap. Nasi tomato, ayam masak merah, daging kicap n kuah dalca. Takde sape komplen. Ada 8 meja untuk kitaorang, 2 meja untuk cikgu. Semua penuh. Tima kaseh pada Cik An yg menguruskan catering.


Gambar : Dari kiri Haslan, Duan Tinjo, Munawar Hamdan, Amran, Chu'a n Malek Kuning. Budak jahat memang suka duduk belakang.



Gambar : Makin besor aku tgk Kamal cina ni. Nampak macam tauke KFC kan?


Bila dah habis makan, baru la mula sesi tukar nombor telefon, bertanya khabar dan tangkap gambar. Band pun start main. Suasana jadi bingit. Orang pertama dari batch kita yang naik atas untuk men'sumbang'kan suara ialah Leman. Sedap jugak suara dia. Kalau dia muda dah lama aku bawak masuk AF. Kalau masuk sekarang, aku ingat sedara mara dgn kawan2 je yg akan AFUNDI dia.


Gambar : sebelum menyanyi Leman togok 2 botol todi. Patut suara sedap. He he.



Gambar : sebelah kiri tu Hakam. Rahmat (kanan) mula nak menggatal dengan Cik An (tengah)


Malam tu Cik An memang mengancam. Vogue gitu. Bila nampak akan Cik An yg jelita, Si Faris pun teringat kisah lama cinta segi tiga antara dia, Cik An dan Man Todak. Agaknya lupa kejap isteri kat rumah. Malam itu berakhir dengan tangkap gambar beramai2. Munawar Hamdan yg menjadi ahli E-Dymium sempat juga untuk membuat demo gelang bermagnetiknya. Aku pun pakai jugak. Memang mujarab.


Selepas dari itu ramai2 berhijrah ke Lembah untuk sesi teh tarik. setengah balik sebab ada yg datang dari jauh dan ada yg permit untuk keluar rumah terhad hingga tengah malam. Macam Cinderella la pulak.


Gambar : minum teh tarik dalam hujan. Ada la lebih kurang 40 orang. Last-last pukul 2 pagi kena halau sebab tauke kedai nak balik.




This is not the end. There will be more. Tengok la..

Monday, September 3, 2007

Aktiviti Memancing & Bola

Sabtu, 1hb September 2007 - Reunion Day akhirnya tiba! Tapi sebelum kita berdinner, telah diadakan aktiviti memancing di sebelah pagi dan perlawanan bola sebelah petang.


Gambar : Yang memancingnya 5 orang je, tapi yg datang dekat 30 orang. Bagi support dan tolong halau ikan.



Aktiviti memancing tu diadakan di Resort Sg Perak. Waktu aku sampai tu dah ramai yg ada. Dalam sibuk menangkap video tu ada la 1 muka yg aku tak cam langsung. Ingatkan dia tu member pada budak batch aku. Tapi bila Mat Shah kata dia budak class aku, musykil jugak dibuatnya. Jenuh nak ingat tapi tak register jugak dalam memori. Lepas diberi beberapa clue, baru la aku tau yg itu the infamous Malek Kuning!

Malek Kuning ni dulu memang kira legend kat sekolah. Aktiviti dia selalunya daring dan kadang2 tak masuk akal. Dulu waktu sekolah dia memang suka pakaian serba kuning dan sebab itulah lekat nama "Malek Kuning". Selain dari itu dia juga dikenali dgn nama "Malek Rambo" sebab dia pernah tempah golok dari Amir Lembah yg berbentuk pisau Rambo (Siap ada gerigi kat belakang golok tu). Selain dari itu dia juga pernah suruh orang panggil dia "Malek Predator" sebab dia rasakan dia ada banyak persamaan dengan Arnold Schwarzenegger. Ada jugak yg gelar dia "Malek MC" sebab budak MCKK suka datang study kat rumah dia. Heran aku nape dia suka fraternising with the enemy.

Tapi aku suka panggil dia "Malek Kartina", sebab dulu dia minat kat sorang awek bertudung bernama Kartina yg memang hot kat Clifford. Dia budak Form 6 dan waktu tu Malek Form 4. Malek pernah suruh budak junior pergi kirim salam kat Kartina. Sampai je kat Kartina, dia terus kata, "Pulangkan saja salam itu!".
Messenger tu bawalah pulang salam itu dengan rasa yg takut. Sebaik saja diberitahu tentang ketidak responan Kartina itu, Malek menjadi hampa.
Nasib baik aku ada kat situ untuk menenangkan keadaan. Lalu aku pun cakap, "Malek, setiap salam yg diberi harus dijawab. Jika tidak salam itu akan terawang-awang di udara. Sifatnya tidak lengkap."
Malek nampak kebingungan, "Siapa pulak nak jawabnya?"
Aku pun nasihat, "Kaulah yg jawab sebab tak ada orang lain yg nakkan salam itu.."
Malek termenung seketika. Dengan tenang dia berkata, "Waalaikumsalam"
He he.


Gambar : Malek Kuning / Malek Rambo / Malek Predator / Malek MC / Malek Kartina



Pada pukul 4.30 petangnya, tiba2 hujan turun dengan amat lebat. Aku pun risau jugak macam mana nak buat lawan bola ni? Terpaksa la didelaykan sekejap untuk tunggu hujan reda. Sementara tu aku sibuk kat Dewan nak pastikan semua ok dan siapkan speech untuk malam ni.


Walaupun cuaca teruk, Batch kitaorang tetap bersemangat nak kalahkan team Clifford under 14 ni. Semangat kitaorang sedikit terganggu bila dibagitau rupa2nya team Clifford ni baru jadi Juara sekolah2 peringkat Kebangsaan. Ramai antara mereka terpilih untuk team Malaysia. Aduhaii.


Batch87 dibarisi seramai 14 orang. Ramai yg ex-school player seperti Mat Shah, Fakar dan Lan Dore. Juga dibantu oleh ex hockey player seperti Taranjeet Singh dan Bakhtiar. Manakala Bukhari masuk sebagai pemain gantian. Leman Todi pula ditugaskan untuk menjaga gol.


Segalanya berlaku seperti kilat. Kitaorang dibelasah 6 - 1. Ada ura2 yg mengatakan punca kekalahan teruk adalah kerana Leman Todi yg menerima rasuah berbentuk beberapa botol todi. Itu pun kira ok, boleh score sebijik. Fitness budak under 14 ni memang dasyat. Apa taknya, budak baru nak naik. Bayangkan waktu kitaorang Form 5, budak2 ni pun tak lahir lagi.


Habis main bola, masing2 rush balik hotel / rumah untuk mandi dan siap untuk berjemaah Maghrib di surau.

Sunday, September 2, 2007

Balik Kampung

Malam menjelang Merdeka tu aku lepak dgn Eddie, Tang n Gang kat The Pines, Brickfields. Dari situ tak nampak bunga api pun sebab tahun ni semua bunga api meletup kat Putrajaya. So kitaorg duduk la kat The Pines... nganga je la sambil makan2 ketam. Lagipun Tang bukan jenis horey2, dia lebih suka 'chill' sambil makan kepak ayam.


Aku pun setuju nak chill sebab sebenarnya dah jemu nak pegi tengok konsert malam Merdeka ni. Dah bertahun tengok benda yg sama. Balik2 artis yg sama nyanyi pastu menjelang midnite mesti countdown - 10, 9, 8... 3, 2, 1 pastu letup bunga api. Bedebom bang piuuuu gedeboom! Pastu semua artis naik stage ramai2 nyanyi Negaraku, lagu 'Setia' dan lagu 'Petani & Peladang' tu sambil kibar bendera. It's about time these people come up with new ideas how to make Merdeka more fun.


Lebih kurang pukul 3 pagi aku balik n pack barang. Tunggu Fadhil Kopi datang ambik. Dia kata pukul 3.30 pagi dia akan sampai rumah utk pick-up aku. Tapi haramm. Aku call dia tgh tidor. Kena la tunggu dia siap mandi. Bertolak pukul 4 lebih. Pastu berenti Sg Buloh sebab Fadhil nak berak.

Sambung balik journey sampai le Tapah. berenti minum jap n semayang subuh. Yarabbi punya la ramai manusia. Rasa macam tak pecaya pukul 5 pagi.


Gambar : R&R Tapah pukul 5 pagi. Ramai kan?




Gambar : Fadhil Kopi selepas berak. He he.


Selepas makan pau n minum teh kitaorg sambung perjalanan ke Kuala. Dalam pukul 6 lebih sampai la kampung tercinta. Terus ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ. (Mimpi) Speech reunion tak buat lagi......

Thursday, August 30, 2007

Clifford School : Crew of 87 Reunion - 2 days left


I guess ramai jugak yg agak excited dgn reunion pada 1 September 2007 pukul 8 malam ni. Bagi yg duduk luar dari K.Kangsar, ada yg balik Kuale malam ni, ada yg balik esok dan segelintir balik pada 1hb tu nanti. Insyaallah lewat malam ni aku balik dengan Fadil Kopi. Harap2 jangan jamm.


Personally aku rasa bangga dgn semua budak batch aku yg betul nampak semangat nak menjadikan reunion ni. Terutama orang kuat committee seperti Azim, Mudin, Mat Shah, Zainuddin, Fadil dan juga non-committee yg banyak membantu macam Are, Bukhari, Mail Maybank, Meor, Hakam, Dhana, Haslan, Bed, Leman, Shaharom dan ramai lagi le. From the bottom of my heart, thank you very much.


Event kita ni tak tau lagi success ke tak, tapi aku dah cukup happy sebab at least dianya JADI. Memang takkan perfect so harap pada yg datang tu nanti terima lah seadanya. Yg penting kita dapat jumpa balik n sambung apa yg selama ni dah terputus.


Response dari para cikgu pun nampak positif. Ramai yg khabarnya nak datang. Alhamdulillah. Pada cikgu yg invitation tu tak sampai, minta maaf banyak2. Harap2 hadirkan diri jugak pada malam tu.


Aktiviti yg dirancang pun nampak menarik :
  • Memancing - aku bukan le kaki pancing tapi mmg akan nyibuk dan nganco (mengacau) org je. Mail pun sama le nanti.

  • Bola - aktiviti yg ditunggu2. Org tua lawan budak2. Umur dah 37 tahun ada hati nak kalahkan team 14 tahun. Macam Hulk Hogan nak lawan John Cena.

  • Berjemaah Maghrib - aku suka sebab Bukhari jadi imam. Dia baca memang sedap.

  • Dinner - ini kira main event. Kalau ada budget aku siap buat firework kat Kuala.

ok guys, let's start counting... 2 hari lagi...

Thursday, August 23, 2007

My Office

Alhamdulillah, my office finally siap. Walaupun baru 90% but it means I now have a place to operate & my staffs ada tempat untuk datang kerja. It is cosy and practical. Dengan kawasan lebih kurang 1,500 square feet, cukup utk aku buat meeting, audition, script rehearsal, pre-production dan kadang2 mungkin shoot jugak. Start small dulu.



I'd like to thank to Anaz & Bobbie who help to realize it, Jais who designed it and the rest of people at BMT & E-Dymium for their support. Jais managed to interprete my vision yg nakkan ofis yg helps the people to think creatively.

Ladies & gentlemen, welcome to where the magic happens...



Gambar : Workstation area. Producer, PM & Writers buat kerja kat sini. Dari bilik aku boleh intai melalui tingkap cermin bulat.




Gambar : Conference area. tempat nak meeting, discuss, lepak tengok Astro, karaoke, script rehearsal dll. My favorite place.


Gambar : Balcony kat belakang my room. This is the only designated smoking area. Specially for Bobbie, Anaz, Aliyar & Yid.



Balcony ni kalau lepak sebelah petang best sebab boleh tengok sunset. Kadang2 bobbie main gitar & pekena teh tarik. Best o.

Buat masa ni bilik aku tak siap lagi so tak yah la tengok. Mungkin dalam bulan 9 kot. Kawan2 & sedara semua sudi2 la datang utk chill kat sini. Moga bertambah rezeki.

Monday, August 6, 2007

Jakarta Trip

Sejak ada flight murah KLM ke Jakarta ni, ramai pulak orang Malaysia yg pegi, cheaper than MAS and better service than AirAsia, what else do you want? Well, this is actually a business trip to meet up with few people from the Indonesian music industry.
I went with 2 frens, Mr Tang of Clockwork Records and Mr Ng of Life Records. Actually this is my 1st experience in Jakarta (tho' I have been to Medan & Bali before). Airport dia masih lama, reminds me of the old Subang airport. However bila masuk town je, i'm suprised by their kemajuan. Malaysians have this misconception about Indons yg susah & terpaksa merantau utk mencari rezeki. The city is striving! Architecture-wise I can see a lot of fusion between traditional & modern architecture. I'm impressed.


Naik je cab, Tang bagitau kat driver, "Nggak mau lewat yg macet pak. Tikus aja." Damn, I don't understand a word. Tiba-tiba, Tang dah jadi Indon. Later baru dia explain :
Lewat - jalan
Macet - trafik jam
Tikus - jalan potong
How bahasa Indonesia has changed since the days of Broery Marantika, Benyamin S & Emillia Contessa.

After a few meetings & check in. We went to Ahmad Dhani's studio in Pondok Indah. The entire building is painted according to the band's logo. Makes me wonder why M.Nasir tak buat bangunan Luncai Emas macam tu. Considering that he is a painter so I expect more from him.

Gambar : Bangunan Studio yg diberi nama 'Merah Hitam'



Gambar : Ada seorg mamat audition untuk ganti Once di Studio Dewa



Gambar : Antara hero2 yg Ahmad Dhani worship. Kalau tak silap ini potret Presiden Soekarno


Esoknya aku n Tang terima jemputan dari Andreas (manager kumpulan Samsons) dan Vita (manager kumpulan Ratu) untuk gi ke satu Press Conference kat Hard Rock Jakarta. Diaorang release sebuah band baru yg dibagi nama 'Peribumi'. Sampai situ PC pun dah abis so sembang2 je. Tercangak jugak tengok glass painting yg ada kat HRC ni.


Gambar : The Beatles diabadikan di cermin tingkap HRC



Malamnya kami ikut Vita & Andreas ke kantornya di pondok indah. Lepak2 kejap dan ditemukan dengan satu lagi kumpulan di bawah management diaorang yg diberi nama 'Kertas'. Diaorang ni budak Palembang. Muka hensem ala2 cute. So kalau album jual di Malaysia, sah ramai awek yg histeria. Gambar aku tak tangkap sebab aku tak minat lelaki (tak macam budak sekolah M.C.Gay.Gay). Pastu kami dibawak dinner di La Bodega (ingatkan kat malaysia je ada restoran ni, rupanya kat Jakarta dah lebih 20 tahun). Nyam nyam.. sedap.


Pagi esoknya, aku ingat nak work out kat gym yg ada kat tingkat 7 hotel aku. Facilitiesnya tak banyak so takde mood. Lari 5 minit kat treadmill pastu berenti. End up aku sembang dengan receptionist bahagian gym. Nama dia Arti. Cun jugak. Ramah pulak tu. Ish rasa macam tak nak balik KL.


Sebelum balik sempat jugak jalan2 kat Pondok Indah Mall. Kalau kat KL lebih kurang macam 1 Utama. Tapi nampak lagi impressive. Barang pun mahal. Tak beli, tengok aje la. Area Pondok Indah ni ramai org kaya2, rumah besar2 dan setengahnya siap ada statue kat depan. Aku congak2 kalau Indon ada 220 juta rakyat dan 5% daripadanya org kaya & elit, maknanya ada lebih kurang 11 juta org kaya. Sama dengan setengah rakyat Malaysia. Hmmm.. lumayan.

FYI di Indon, 'lumayan' tu maksudnya 'ok lah'. Go figure.




Monday, July 9, 2007

Ikon

Dah 2, 3 kali bebudak aku ajak pegi tengok Ikon. Sebenarnya amatlah malasnya nak pegi. Ada 2 sebab :
1 - Jauh ya amat. Kat Putrajaya (PICC) sana.
2 - Segan nak jumpa staff lama. Maklumlah kita punya bisnes belum start lagi. So takde apa benda nak diupdatekan.


Apapun hari tu pegi jugak sebab tak nak kecilkan hati diaorang yang dah menjemput. Pegi la aku dengan menumpang Ramli MS yg baru 2 bulan beli BMW. Sedap naik kereta mahei ni. Berdesup peginya. Kejap je dah sampai Putrajaya.


Sampai sana Ramli terus bawak producer program Ikon, Haina and Prod Managernya, Aju dan producer Maestro Records, Man Bangla pegi makan aiskrim kat Alamanda. Ni pun sebab Ramli dah janji nak belanja sempena birthday Haina sehari sebelumnya. Ramli memang suka makan benda merapu ni but yet even in his 40's boleh maintain slim & smart. Itu yg dari anak dara sampai Mak Jan ramai gila kat dia.


Gambar : (from left) Haina, Ramli, Aju & Man Bangla (nampak idung sikit)



Lepas makan kitaorang gerak balik ke PICC. Bila masuk je hall, aku dapat rasakan semula the sight, smell and environment yang selama ini aku lalui selama 1o tahun. Area backstage dan control room dah memang lama jadi permainan aku. Aku perhatikan aje crew yg melepak sambil menunggu call time, makanan catering yg sedap2, PA yg berlari sana sini cari artis, manager & PR artis menunggu sambil berborak dgn crew, contractor yg giat menarik cable dan buat last minute touch up. It's like coming home.


When the show starts aku try tengok dari audience seating. Gerhana Skacinta jadi 1st artis yg perform. Lepas habis diaorang perform aku dah gelisah. Kaki mula gatal nak merayap pegi ke control room. Macam orang mengantuk disorang bantal, Shahila (Executive Producer) pelawa duduk sebelah dia. He he. Aku memang suka duduk kat CC ni sebab boleh tengok view dari semua camera yg ada and it's the centre of the production.


Habis show temankan Ramli kat after party (more like supper). Semua artis, PR rec company, manager & press duduk melepak dan berinterview. Ramai yg bertanya apa yg aku buat sekarang. Susah betul nak avoid soalan2 ni.


Rasa nostalgic yg teramat sgt bila dapat jumpa anak buah / didik masa AF dulu.

Farah - yg masa masuk AF2 dulu baru nak masuk 19tahun, sekarang dah jadi a young lady of 22. Hormat orang, cakap tersusun and bubbly. With guidance and care from her father & family, she can progress further. I just wish that she could kurangkan sikit vibrato in her singing.

Mawi - what else can I say about this guy? Aku happy sangat that my decision to serapkan dia masuk despite majority judges tak undi dia turned out to be the best decision I made throughout my career.

Nurul -lama dia hilang. Balik Sarawak & sambung study. Family dia memang best. Pelawa crew datang makan udang kat rumah bila dapat tau Nurul terpilih. Itu warmth oghang Seghawak. Sekarang dia dah start berlakon. I wish her well.


Gambar : Makin cute si Farah ni. Kalau ada adik laki lama dah aku kawinkan dgn si Farah ni.

Thursday, July 5, 2007

Malaysia Boleh.. Ke?

Dah lama aku tak tengok national team kita main tapi hari tu Tang ajak aku gi tengok Malaysia vs Jamaica kat Stadium Bukit Jalil. So aku pegilah. Zul drummer OAG pun ada sama. Aku tak taruh harapan nak menang pun tapi niat datang nak bagi support. Kata orang.. bola tu bulat.. Love itu Cinta.. dan Malaysia itu Boleh.


Belum sempat masuk stadium, keadaan kat luar dah kecoh. Mana taknya, organizernya pandai sangat. Ada ke patut bukak 2 kaunter tiket saja sedangkan ada lebih kurang 5,000 orang yg datang. Match start pukul 8.30pm tapi beribu masih ada kat luar. Kaunter tiket jadi jam, orang dah mula mengamuk. So untuk avoid kecoh, last2 organizer bagi masuk free. Sape yang dah beli tiket mesti la bengang! He he. Dah nak masuk 50 tahun Merdeka, ada jugak yang tak reti nak properly organize a simple football match.


Gambar : Stadium yg penuh.. Penuh dgn lampu.




Bila masuk dalam, game dah on setengah jam. Score masih 0 - 0. Main pun boring semacam je. Takde creativity and understanding langsung. Tak sampai 5 minit kitaorang duduk, the Reggae boys score sebijik. Yg herannya Keeper Malaysia langsung tak dive, pastu marahkan defender. Harapkan rambut ada ponytail, main hampeh. (Anyway nape lately player Melayu banyak spot ponytail? Ingat hensem sgt le tu. Huh!) Selang berapa minit Jamaica masukkan sebijik lagi. Halftime score Jamaica 2 Malaysia 0. Aduihhh.


During halftime, tiba2 Zul bisik, "Boleh tak kita pindah tempat lain? Mamat sebelah aku ni bukak kasut tak pakai stokin. Bau macam cipan." Waktu nak bangun tu kitaorang lalu depan mamat tu, ya Allah memang power bau dia! Kitaorang pusing ke seberang stadium & duduk kat area VIP. Takde sape yg tahan pun. Sebelah kitaorang siap ada budak team Malaysia under 15 and under 18 menyupport senior diaorang.


Gambar : Team U18 - Harapan Malaysia di masa depan. Ye ke ni?



Start 2nd half main macam gampang jugak. Lagi 15min nak abis, coach masukkan Indra Putra Mahyuddin. Bergema satu stadium. Bila dia masuk boleh nampak kualiti permainan ada sikit naik. Gerakan dummy dia menampakkan dia ni main pakai otak. Sebagai orang Perak aku pun tumpang bangga dengan bekas pemain skuad Seladang ni. Macam mana genius sekalipun, dia tak boleh nak buat apa2. The game was dead & buried.


Sebelum balik, Tang bergayut kat tepi dinding terowong, mintak jersey kat players yg lalu. Tapi diaorang tak boleh nak bagi sebab awal2 lagi dah dipesan jgn bagi baju kat fans. Jaga budget la tu. Tang kata waktu Chelsea main kat sini dulu, selamba je Bolo Zenden bagi dia jersey.


Balik tu aku pikir, kalau macam ni le main and the future of national football, ada baik kalau slogan 'Malaysia Boleh' tu ditambah perkataan 'Ke?' kat belakang. Ok tak?



Gambar : The future of Malaysian football - Indra Tang Wing Poh. Jersey tu macam ketat je.

Saturday, June 30, 2007

Budak Clifford Reunited

Tah apa mimpi budak2 Klepot ni boleh lantik aku jadi Chairman untuk buat Reunion sempena 20 tahun meninggalkan zaman sekolah. Aku le yang saja ngada2 bagi suggestion kat Mudin hari tu. But it's all in good intentions, nak jumpa balik kalau boleh semua batch Clifford graduating class of 87'.

Tujuan nak buat perjumpaan ni untuk soreh2 idup lagi ke tak? Apa buat sekarang? Dan lain2. So untuk memudahkan, kat sini aku ada senaraikan soalan2 yg mungkin boleh dipakai ketika reunion tu nanti :

- Dah berapa anak?

- Dah tambah bini?

- Lepas habis sekolah tu buat apa?

- Pernah masuk dalam?

- Aku pernah hutang apa2 kat kau tak?

- Hutang nasi lemak 80 sen bila nak bayar?

- Mak ayah ada lagi? Apa deme buat?

- Apa penyakit yang dah kena? Jantung? Kencing manis? Darah tinggi?

- Mana pegi rambut?


Gambar : organizing committee yang dedikated serta rajin.





On a serious note, aku rasa reunion ni boleh jadi tempat untuk kita ambil perhatian mana2 member yg perlu pertolongan, (baik nasihat ataupun kederat). Sape lagi nak tolong kalau bukan member.

Aku dengar ramai jugak yang segan nak datang. Isyy usah le nak kira "kau budak pandai, aku budak bodoh, kau dah kaya, aku miskin hina..." Buang semua fikiran macam tu. Kita berjumpa untuk menguatkan ikatan. Kalau ada yg pernah bertelagah, jumpa kali ni minta maaf. Kasi settle.


BTW waktu meeting kat Bukit Beruntung tu terserempak dengan member kamceng aku kat sekolah. Ahmad Bukhari nama dia. Kitaorang dulu kat sekolah memang jahat. Hari2 ponteng kelas jasmani. Hari2 tipu Cikgu Intan pasal malas nak buat homework. Sampai la satu ketika di mana kes dengan Cikgu Sally George membuatkan Bukhari ni terpelanting ke sekolah di Perlis.

Gambar : Bukhari posing untuk cover majalah Bintang

Sejak kes tu aku langsung tak jumpa dia dah. Macam2 cerita aku dengar pasal Bukhari ni. Tapi bila aku jumpa dia hari tu nampak steady giler - happily married dan beranak, career bagus dan masih segak. Fuhh! Aku pun tumpang seronok.

Kesimpulannya, bukan bermakna budak jahat macam kami ni tak boleh berjaya dalam hidup. Tapi jangan le jahat sangat sampai jadi penjenayah!


Wednesday, June 6, 2007

Mr & Mrs Dollah Cantek

Akhirnya, my friend and bro', Dollah Cantek selamat diijabkabulkan pada hari Sabtu, 2hb Jun 2007 di Johor Bahru. Dollah ni keje Floor Manager (FM) di ASTRO, dan penah jadi hos rancangan 'Glamer Giler' kat @15. Ramai jugak yg tanya, "Kenapa cantek? Cantek ke?". Well, yg itu kena tanya Shamsul Ghau Ghau sebab dia yg bagi nama tu kat Dollah.

Aku naik bas Transnasional pegi JB sebab malas nak drive. Janjinya nak pegi dgn 'Tang aka Tupai aka Tan Sri' tapi dia pulak last min ada show kat Kuantan. Best gak naik bas ni. Dah lama tak naik. Rupa2nya bas ekspress sekarang dah 3 seat setiap row. Kalau dulu orang panggil class VIP. Bertolaknya 12 tgh malam. Syok pulak tidur kat single seat. Sampai JB pukul 4 pagi, Dollah pun datang ambik kat Stesen Larkin.

Pastu dia bawak duduk bertanggak (kata org Perak) kat satu hostel di Bandar Baru Uda. Aku dah penat nak tidor tapi si Dollah nak ajak bersembang sampai pagi. Dia memang excited giler pasal kawin ni. Dalam syok2 dia bercerita, aku fade to black slow2. Tup2 dah tengahari.



Gambar - dah siap bertanjak, baru nak korek tinge. Sedap o.









Lepas siap aku pegi bilik Dollah tengok dia kena makeup dengan mak andam (dia ni neither Mak nor Pak). Bergaya lagak pelakon bangsawan. Dollah ni selalu pakai tshirt je. Tak penah smart macam ni.



Tiba2 ada 1 awek cun sudah datang. Rupa2nya si Noni AF5. Fuh, dasat si Dollah jemput artis datang wedding dia. Noni ni peramah orangnya walaupun aku tak penah jumpa dia sebelum ni. Pok pek tak berenti.



Gambar - Noni yg cun.





Dollah ni walaupun dia ni pengantin masih tak lupa tugas sebagai FM. Dia pulak yg ramah jemput orang makan, tarik tangan orang suruh jalan sama2 etc. Muka bini dia gelisah bila tgk Dollah punya disregard for protocol. He he.


Waktu bersanding, bapak Dollah mintak aku merenjis pasangan pengantin. Apa lagi aku simbah Dollah dengan bunga rampai tu. He he. Bila kedua mempelai dah selamat bersanding, purut pun kenyang, aku pun ciao. Member sekolah lama, si Faiz yg duduk kat JB datang ambik. Lepak dgn dia kejap pastu naik bas ke S'pore.


Tapi yg itu citer lain.

Thursday, May 24, 2007

LAWAKING

Dah hampir seminggu aku start work on this new show titled 'LAWAKING' produced by Homegrown Productions for Astro Prima (channel 8). Aku buat freelancing jadi penasihat dan tulis skrip untuk sketsa.


Gambar : Dalam sketsa ni Yus jadi orang bertapa (pakai wig). Shooting kat area PJ.





Actually, program ni adalah follow up pada program RAJA LAWAK yang ditayangkan di Astro RIA in Jan & Feb 07 yang lepas. Program ni melibatkan 5 orang finalis RL iaitu YUS, ZIZAN, JOHAN, TAUKE & ANGAH. At least, pada sape yg minat diaorang ni boleh la tengok career progress. Takde la balik kampung nganga je. so far Yus, Johan n Zizan are doing quite well. Banyak jugak show yg diaorang dapat.




Semalam, tengah syok2 shooting kat area Kelana Jaya, tiba2 ada satu lelaki India (aku rasa from India sebab tak reti cakap melayu) datang join & paksa aku suruh ambik dia berlakon. Kecoh dibuatnya! Suruh balik tak nak so aku shoot la sikit. Lawak jugat mamat ni. Lain yang disuruh, lain yang dibuat. Kalau nak tengok video dia, go to you tube and search for LAWAKING.




Lepas habis shoot tu, aku bagi duit dia tak nak. Instead dia tunduk and pegang kaki aku. Macam cerita hindustan wo. Menung jugak dibuatnya.






Monday, May 21, 2007

My Tok Bidin




Hari Sabtu, 19hb Mei 2007 pukul 4.01 petang, Tok Bidin balik for good. Apabila dengar je berita ni, hati bercampur baur. Memori lama lalu macam montage dalam kepala.. bercuti di S'pore (tidor rumah Pak Pa), berkelah kat Penang (makan kat Restoran Dawood), naik bot ke Langkawi (Ida jerit Hei Hang Keba!), travel ramai2 ke Terengganu untuk kenduri Abg Jija, kerja under him kat Taiping dan banyak lagi.
Tok paling minat dengan Hamid Gurkha. Zaman dulu RTM selalu jemput Hamid Gurkha buat lawak dalam program diaorang. Kalau dia tengah tengok Hamid Gurkha, jangan harus lalu depan TV. Memang nak kena sound.




Lebih kurang 5 tahun yg sudah, Tok mula uzur. Antara last moments dgn dia yg paling terngiang bila dia kata, "Tok harap sempat tengok Chown kawin.." Meleleh airmata dia. Rasa serba salah nak jawab so aku hanya boleh reply, "insyaallah Tok". Nampaknya susunan jalan yang ditentukanNya tak mengizinkan hajat Tok.



Anyway, aku tak terkilan pun. In fact rasa redha and lega that he finally rest in peace. It kills me to see him suffer for the last 5 years. Dia dah tak boleh jalan, tak boleh melihat dan mendengar. Seingat aku, dulu Tok memang suka membaca - Quran, buku agama, politik etc. Bila dah tak boleh buat semua tu, aku tengok dia banyak spend time tunduk berfikir dan berzikir.






Gambar : Di ICU. Seminggu sebelum Tok meninggal.



Tok, terimakasih atas nasihat, ilmu dan kenangan. I know you are happy to be in your new permanent home.

Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali..






Saturday, May 12, 2007

Cari Idea... konon

Sekarang aku dah tak makan gaji. Takde constant income. Kalau dah nak start bisnes sendiri, so nak kena la ada idea2 baru untuk dijual. Nak cari idea yg best kena pegi tempat yg best2 gak. Kononnya lah.





So aku ajak member aku, Kemut untuk pegi ke Pulau Tioman. Itu yg affordable (walaupun Bali atau Phuket will make a more attractive option). Kebetulan abang dia, Lan mmg nak balik bercuti dari Dubai. Dia nak balik kampung ke Mersing pastu pegi Tioman untuk ambik course diving.





Naik kereta dari KL ke Mersing ada la dalam 5 jam. Bertolak pukul 6petang. 1st time aku nak sampai sana. Jalan gila bab punya sunyi. Saspen siot. Bila sampai kat rumah Kemut aku impress gila. Rumah bapak dia macam chalet, ada kolam menghadap laut etc. Semua bapak dia buat sendiri! Kalau aku kaya 1 hari nanti, mau gak ada rumah-chalet camni.





Esok paginya, member Lan dari JB (nama dia Mail) sampai. Rupa2nya dia pun pegi sama. Lepas breakfast, sorang member Lan (anak tuan punya resort kat Tioman) hantar kitaorg naik bot. Air surut so feri kitaorg tak boleh nak berlabuh kat jeti Mersing tu. Kena la naik bot kecik and pindah naik feri kat tgh2 laut tu.





Feri tu selesa gak. semua tido kecuali aku. Dalam sejam setengah sampai la kitaorg kat Tioman. 1st thing yg aku suka about pulau ni ialah air dia yang clear giler. Rasa nak terjun tapi ada sikit takut. Aku takut kat jaws. Memang dari kecik lagi aku trauma mandi laut sejak tengok filem Jaws tahun 1976. Binawe punya Spielberg!





Kitaorg duduk kat Panuba Inn. Best tempat tu. Chalet dia tinggi atas stilts. Dari balcony bilik boleh tengok laut. Duduk kat situ banyak ilham boleh dapat.





Gambar bawah : Bangun pagi ni view yg aku nampak dari bilik aku. Syurgaaaa.

















So sementara Lan & Kemut dok gila berdiving dengan instructor Mat Salleh, aku dok kat cafe sambil cari idea. Kadang2 Mail join sama sebab aku rasa dia minat dengan anak tauke resort yg selalu lepak kat situ.



Petang sikit kitaorg pegi snorkelling. Air tenang giler. Macam mandi kat kolam akuarium. Walaupun terer berenang aku pakai life jacket. At least kalau kaki cram, ada jugak pelampung. Dan kalau Jaws datang, dia tak dapat gigit badan sebab ada lapik.



Gambar bawah : Lan kat jeti tengah teringat kat awek lama dia. Feeling waktu sunset la tu. He he. Cliche filem Melayu.



















4 hari kitaorg kat sana. Ada lah 6 helai idea2 yg aku tulis. Berapa banyak yang akan siap jadi proposal? Entah lah. Kita tunggu dan lihat.





Bye Bye Tioman. Bila aku kering idea, aku datang lagi...

Gambar bawah : Kalau zoom in gambar ni boleh nampak anak tauke yang Mail syok tu.





Thursday, April 19, 2007

Gerrard tendang Arsengal balik ke no 4

Malam tadi berlaku lagi perkumpulan Liverpool Fans dekat Anfield Kuala Lumpur (aka Melting Pot, Concorde). 1st half main macam gampang (kalau ikut bahasa Kuala Kangsar, ayat ini adalah normal untuk membayangkan frust yang teramat sangat. Masih sopan cuma jangan le cakap macam ni kat org tua. Memang nak kena seligi hidup2).

Walaupun Sissoko tu the only Muslim player yg ada dalam LFC, tapi semalam memang sah dia main macam gampang. Rasa nak naik plane ke Liverpool, luku kepala dia 3 kali and balik KL. Banyak chance wasted and passing tah hape2. Akan tetapi minit ke 50 dia kena tukar dgn Kuyt. Baru game jadi laju.

Abang Gerrard kita memang suka formation 4-4-2 dan kena pulak duduk kat central midfield. Fuh! Seperti yang dijangka dengan hensemnya dia kemudiannya menjaringkan gol di depan Kop yang serba merah tu. Tendangan dari luar kotak penalti tu menerjah masuk ke bucu kiri gol Boro. Bola tu lalu celah2 kaki player Liv and Boro. Bak kata member aku dari Kedah, Basith nama dia, "Bola Gerrard ni macam ada bijik mata! Dia boleh elak kaki orang!" Dengan jaringan tu aku, Wargaa dolah, Tang, Alam (manager Peterpan from S'pore beserta aweknya yg cun) melompat2 happy.

Tak lama lepas tu sebijik lagi abang Gerrard kita score melalui penalty kick selepas Crouch kena tarik baju dalam kotak. Dengan cool dan penuh composure dia masukkan ke bucu kanan gol Boro. Kalau lah waktu world cup hari tu dia boleh ambik penalty macam ni.

Dah ujung game si Benitez ni boleh pulak keluarkan abang Gerrard untuk masukkan seorang mangkuk, si Gonzalez. Habis la peluang dia nak buat hattrick. Benitez ni memang kuat dengki.
Gambar : Tangkap gambar pun senyum sebab menang.

Game habis, perut pun kenyang makan buffet tak berenti. timakaseh kat Sham Kamikaze sebab bermurah hati belanja. Semoga dimurahkan rezeki. Amin.

Rasanya subuh tadi aku tido senyum knowing that Arsengal back to their rightful place, kat punggung Liverpool.




Wednesday, April 18, 2007

Pelan2 Kayuh

Just so happens that my 1st day as a blogger I received a good business proposition from my cousin. Alhamdulillah!

Tadi aku pegi tengok ofis cousin aku tu kat Menara KLH. Dekat dgn tol LDP Subang. Interior nampak impressive. Decor dia macam kedai Ikea.. with better lighting and minus the crowd. Dia dah 9 bulan bukak company yang buat bracelet bermagnet tu. Yg bestnya dia n wife masih macam dulu, humble giler. Pakcik aku (cousin aku tu punya bapak) pun nampak excited giler sebab bracelet dia tu Pak Lah (yes, the one from Kepala Batas) pun dah pakai. Siap tunjuk newspaper cutting gambar Pak Lah tengah bersalam dgn PM Thailand sambil bracelet magnet di lengan!

Lepas tu I took my parents to Restoran Kayu Nasi Kandar kat SS2. Pekena mee goreng mamak. Sempat bersembang dgn En Buruhan, tauke besar Kayu yang kaya raya tu. Dulu dia pernah sponsor utk program tv aku. Katanya dia nak ke Kuala Kangsar esok. Sultan Perak ajak dia dinner. Hmmm bila la VVIP macam tu nak ajak aku dinner? Mungkin bila aku kaya macam En Buruhan.

So hari ni aku pasang angan2 nak jadi bisnesman yg berjaya dan hopefully kaya raya. Bismillahirrahmanirrahim, aku buka langkah. Kayuh pelan2...